Akaun sritisepang.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Adakah anda ingin bersama-sama kami melabur saham untuk akhirat kelak?

 Adakah anda ingin bersama-sama kami melabur saham   untuk akhirat kelak? 



Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bandar Baru Salak Tinggi  ditubuhkan pada tahun 2019. SRITI Sepang menawarkan silabus khusus yang diberi nama Silabus KAFFAH iaitu Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah.




Selain KAFFAH, SRITI juga menggunakan Silabus dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)



SRITI BBST juga menawarkan kelas memanah buat para pelajar yang berminat.



Perkembangan semasa:


SRITI BBST Sepang sekarang mempunyai 1 bangunan baru. Buat masa ini, SRITI BBST Sepang menempatkan lebih kurang 35 orang pelajar, 4 orang guru dan 2 orang tukang masak.


SRITI BBST Sepang bercadang menambah jumlah guru kepada 6 orang dan mensasarkan 60 orang pelajar menjelang tahun 2021.


Perancangan pada tahun 2021, pihak SRITI telah menyewa satu lot kedai bagi menambah bilangan pelajar pada tahun hadapan. Hasil daripada perbincangan bersama, pelbagai renovasi dan penambahbaikan akan dilakukan bagi menyediakan keperluan buat seluruh warga SRITI BBST. 




Lot yang akan disewa bersebelahan dengan banggunan yang telah digunakan oleh SRITI BBST sekarang ini.



Bahagian ini akan dipasang partition bagi memuatkan kelas-kelas di SRITI BBST.



Apa yang diperlukan?


Seiring dengan penambahan pelajar pada tahun 2021, pihak sekolah memerlukan :


✅ 50 Buah Meja Pelajar

✅ 5 Buah Meja Guru

✅ 4 Set Penghawa Dingin

✅ 2 Set Kamera Litar Tertutup

✅ Partiton Kelas

✅ Makan & Minum Pelajar

✅ Bil Utiliti (Elektrik dan Air)

✅ Kit Kesihatan

✅ Almari & Rak Buku

✅ Elaun Tenaga Pengajar & Tukang Masak


Bagi menjayakan pembangunan dan kos operasi, pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya  RM 20,000  sebulan dengan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak  RM 100 ribu.





Bagaimana boleh membantu?


Pihak tuan/puan boleh membantu pihak SRITI BBST dengan menyumbang atau mewakafkan keperluan-keperluan yang diperlukan. Setiap sumbangan yang disumbangkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai untuk para penderma. 






 Salurkan sumbangan anda melalui : 


Akaun: SRITI SEPANG RESOURCES

No Akaun: 5623 7540 9299

(MAYBANK)

Reference:  SEPANG 






Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi:

0134843988



Ada Soalan? Tekan Ni